fb fb fb fb fb

Polis KL laksana Operasi Hormat Undang-Undang bermula 4 Jun

FOTO FAIL BERNAMA

KUALA LUMPUR,1 Jun- Polis Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya akan kembali melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang (Op HUU) bermula Selasa ini hingga 15 Jun.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa menerusi satu kenyataan berkata operasi tersebut akan menggunakan konsep sama iaitu memberi penekanan utama membabitkan kesalahan halangan lalu lintas, garisan putih, nombor pendaftaran, motosikal, didik, parkir haram, lampu merah dan telefon bimbit.

"Kekuatan penugasan pada operasi kali ini membabitkan lebih 200 pegawai dan anggota dari jabatan serta daerah Kontinjen Kuala Lumpur.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan pengguna jalan raya serta menjaga imej Kuala Lumpur sebagai pusat bandar raya," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20719999/9777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Sebelum ini, Op HUU dijalankan dua fasa dengan Fasa 1 dilaksanakan pada 3 hingga 31 Julai 2023 manakala Fasa 2 pada 15 sehingga 29 September 2023.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE