fb fb fb fb fb

'Selamat menyambut Hari Natal' - Fahmi Fadzil

Foto facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal buat semua masyarakat Kristian di seluruh negara dalam satu hantaran di facebook.

"Selamat menyambut Hari Natal buat semua masyarakat beragama Kristian di seluruh negara.

"Semoga perayaan tahun ini disambut dengan meriah bersama keluarga tercinta," katanya menerusi hantaran itu.

Penganut agama Kristian akan menyambut Hari Natal pada esok dan seperti kelaziman di negara ini, perayaan itu akan dimeriahkan dengan rumah terbuka yang turut dihadiri pelbagai kaum.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI