fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

Foto facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sambutan perayaan Hari Natal kepada masyarakat Malaysia yang beragama Kristian.

Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan itu dalam satu hantaran di facebook Istana Negara hari ini.

"Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia," kata hantaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI