KLANG, 24 Disember - Cadangan pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus dipastikan agar ia dapat memberi situasi menang-menang kepada semua kaum.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perbincangan lanjut dan kajian mendalam perlu dilakukan bagi memastikan setiap kaum berpuas hati dan berasa selamat dengan pelaksanaan pilihan raya itu.
Katanya, sekiranya dipilih, calon yang dipilih harus bekerja keras untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan parti.
"Cadangan diadakan pilihan raya PBT mendapat perhatian semula apabila Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras mencadangkan perkara itu pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan baru-baru ini," kata Mohamad ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah 2023, di sini.
Sementara itu, Mohamad berkata beliau percaya gabungan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mampu menawan empat negeri yang ditakluk pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketika ini Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ditadbir oleh Perikatan Nasional.