fb fb fb fb fb

Sektor peranti perubatan diunjur sumbang RM20 bilion kepada ekonomi negara

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Dr Muralitharan Paramasua

PUTRAJAYA, 15 Februari- Sektor peranti perubatan diunjur menyumbang kira-kira RM20 bilion kepada ekonomi negara tahun ini.

Ia turut disokong dengan pelaburan langsung asing dan domestik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Dr Muralitharan Paramasua, unjuran itu berdasarkan hasrat yang dinyatakan beberapa pelabur untuk melabur di Malaysia.

"Tahun ini kita dapati ada beberapa (pelabur) negara luar yang berhasrat melabur dan memulakan operasi di Malaysia seperti Republik Czech dan China. Jadi unjuran itu kita jangka boleh mencecah hampir RM20 bilion tahun ini", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pra Pelancaran ASIAN MEDTEC 2024 di Putrajaya.

Tambah beliau, MDA mengunjurkan Malaysia berupaya meraih antara 10 hingga 15 peratus daripada nilai pasaran teknologi dan peranti perubatan pada peringkat global dalam tempoh beberapa tahun lagi.

ROSLINA BINTI DIN