fb fb fb fb fb

Sektor ekonomi kekal dibuka di Selangor, patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan

SHAH ALAM, 8 Februari - Selangor tidak akan menutup mana-mana sektor sebaliknya akan terus mengingatkan rakyat agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari berkata, COVID-19 masih boleh dikawal apabila kadar suntikan vaksinasi bagi populasi dewasa dan remaja tinggi di negeri Selangor.

"Penguatkuasaan terdapat SOP harus dijadikan keutamaan penutupan bukannya pilihan untuk kita lakukan mana-mana sektor kecuali terlalu parah kerana selepas berjaya menyelesaikan vaksinasi penuh kepada sebahagian besar kepada komuniti, dewasa sebahagian remaja di negeri Selangor", kata Amirudin Shari selepas menyerahkan surat tawaran pinjaman boleh ubah dalam negara di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, hari ini.

Tambahnya, jumlah penggunaan katil di hospital juga terkawal berbanding bulan September dan Oktober tahun lalu.

Malah, beliau turut menasihati individu yang dijangkiti COVID-19 untuk segera menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat tawaran pinjaman boleh ubah dalam negara di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, hari ini.

Amirudin turut menyuarakan kebimbangan terhadap penularan jangkitan dalam kalangan individu yang menggunakan sijil digital vaksin COVID-19 palsu dan meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menyemak perkara berkenaan.

Media Baharu