PUTRAJAYA, 8 Februari - Kerajaan diharap dapat memberi kelonggaran SOP dalam pelaksanaan kempen Pilihan Raya Umum DUN Johor.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran tersebut bagi membolehkan sistem demokrasi berjalan dengan lebih telus.
"Sayalah sendiri pasal saya ada kepentingan kat situ mengharapkan supaya ada kelonggaran untuk membolehkan sistem demokrasi berjalan dengan lebih telus dan mereka yang terlibat dalam pilihanraya itu, parti mana sekalipun diberikan peluang untuk berkempen tetapi ada batas-batas tertentu yang itu yang diharapkan", Katanya.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membenarkan PRN Johor diteruskan walaupun negara menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID-19 akibat varian Omicron.
Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memuktamadkan syor SOP PRN Johor dan telah kemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).