fb fb fb fb fb

2 Nelayan hilang, kawasan pencarian diperluaskan

SEMPORNA, 8 Februari - Tiada sebarang petunjuk ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan dipercayai hilang ketika memukat di perairan Pulau Bohe Dulang, Semporna.

Menurut Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Noorrimi Hassan, kawasan pencarian diperluas sejauh 86 batu nautika dengan menumpukan lima kawasan pencarian.

"Kita mempunyai kelebihan aset daripada jabatan dan agensi lain lain iaitu TLDM, Bomba, Marin, Taman taman sabah dan juga APM. Keluasan sektor pencarian diperluaskan lagi. Waktu ini masih belum menunjukkan tanda atau yang boleh membawa kepada penjumpaan mangsa mangsa tersebut", katanya.

Tambahnya susulan keadaan laut yang bergelora SAR yang diketuai MARITIM turut mendapat bantuan agensi keselamatan lain bagi mempercepat usaha pencarian.

Ahad lalu, tekong kapal pukat jerut Wleson (WELSON) @ Jukno 30 dan Osman Palik 28 dilaporkan hilang dan gagal dihubungi selepas dipercayai keluar memukat ikan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh
menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna yang terletak di Jeti Pelancongan Semporna.

SAR akan disambung ESOK.

 

Media Baharu