fb fb fb fb fb

Sekolah terjejas banjir di Johor kembali beroperasi

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 3 April-Semua sekolah yang menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir di Johor bulan lalu kembali beroperasi seperti biasa.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, YB Norlizah Noh sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah beralih kepada fizikal, minggu lalu.

Calon-calon SPM yang terkandas juga sudah selesai mengambil semua kertas peperiksaan.

Justeru, kerja-kerja penambahbaikan akan dilaksana segera melibatkan kos RM500,000 bagi keselesaan kepada warga sekolah.

"Mungkin lepas raya penambah baikan ini akan dapat diselesaikan", katanya selepas merasmikan Program Pandu Lalu Bubut Lambuk Johorfm 2023 di Jabatan Penyiaran Johor.

Sebelum ini, lima sekolah di Johor  tidak dapat beroperasi pada hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 akibat banjir.

Ia membabitkan tiga sekolah di Batu Pahat dan dua di Segamat.

Antara sekolah yang terlibat ialah  SK Sri Mendapat, SK Tanjung Semberong dan SK Seri Nasib Baik di Batu Pahat, manakala SK Pogoh dan SMK Buloh Kasap di Segamat.


(Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh/FOTO RTM)

Media Baharu