fb fb fb fb fb

CUEPACS tidak setuju doktor mogok

(FOTO RTM)

IPOH, 3 April-Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak bersetuju dengan tindakan mogok yang mahu dilakukan para doktor kontrak.

Ini berikutan tindakan tersebut dilihat berupaya merugikan kerjaya kumpulan itu sebagai doktor serta boleh dikenakan tindakan undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah perkhidmatan awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kumpulan terbabit juga tidak ada 'local standi' atau hak di sisi undang-undang untuk mengambil tindakan perusahaan seperti mogok dan sebagainya kerana mereka tidak berkesatuan.

"Mereka tidak layak untuk membuat perhimpunan tersebut kerana tiada 'local standi'.

"Bila mereka tidak layak membuat perhimpunan tersebut maknanya mereka boleh diambil tindakan dibawah akta atau kesatuan sekerja", katanya kepada pemberita pada Program Ihya Ramadan Gotong-royong Memasak dan Edaran Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak di Anjung AUEGCAS Perak di sini.

Tambahnya, beliau turut meminta kerajaan mengkaji semua skim perkhidmatan kesihatan bertaraf kontrak bagi berlaku adil kepada semua pihak.


(Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat/FOTO RTM)

Media Baharu