PUTRAJAYA, 20 Julai - Pelajar sekolah pondok perlu menguasai ilmu berkaitan teknologi, termasuk bidang kecerdasan buatan (AI).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pendedahan terhadap teknologi baharu seperti AI penting bagi membina ketahanan umat Islam dalam mendepani cabaran era moden yang semakin mencabar.
"Saya diantara individu dalam negara yang menggagaskan perubahan AI, tapi saya sedar kalau tidak dengan nilai, dengan akhlak, pencerahan dan ilmu, AI kita ini adakah ai buatan Amerika? kita nak AI yang kita tawan AI ini mesti menjadi landasan kepada akidah, akhlak dan sahsiah islamiah." Jelas beliau pada program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra di sini hari ini.
Katanya, apabila pelajar pondok diterapkan ke dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), mereka turut memasuki sistem pendidikan yang membolahkan menguasai bidang digital, teknologi dan seumpamanya.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar selain lebih 5,000 jemaah.
Program anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu turut diserikan dengan pengisian rohani oleh Maulana Tariq Jamil, ulama tersohor dari Pakistan, yang menyampaikan tazkirah menyentuh hubungan hati dengan Allah SWT serta tanggungjawab sosial umat Islam terhadap masyarakat sekeliling.