fb fb fb fb fb

Sekolah digalak anjur majlis graduasi secara sederhana

Fadhlina Sidek menyampaikan cek cura kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua

KAJANG, 2 Februari- Penganjuran majlis graduasi sekolah adalah digalakkan untuk diadakan secara sederhana sebagai penghargaan bagi meraikan pelajar, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai program berkenaan perlu dibuat terlebih dahulu mengambil kira pandangan ibu bapa sebelum dilaksana.

"Jadi, perbincangan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sangat penting dan ianya perlu diselesaikan di peringkat sekolah.

"Kalau ada bantahan, kena diambil pandangan, yang kedua kita galakkan majlis yang sederhana tetapi meriah dan penuh penghargaan khususnya kepada anak-anak kita,"katanya.

Beliau mengulas isu tular di media sosial mengenai rungutan ibu bapa yang berpendapat majlis graduasi murid anjuran sekolah di hotel mewah adalah membebankan.

Fadhlina ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE