fb fb fb fb fb

Sekat ajaran sesat “Hadi Minallah”, JAKIM lapor kepada KDN, MCMC

PUTRAJAYA, 3 Ogos- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya menyekat dan mengambil tindakan terhadap kumpulan ajaran sesat “Hadi Minallah”.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan kumpulan tersebut yang aktif menyebarkan dakyah melalui siaran langsung di akaun youtube bernama Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad)

"Kita mengaji di tempat-tempat, surau, masjid. Jadi apabila dia mengajar di tempat yang bukan tempat yang sepatutnya, perkara itu perlu dinilai semula. Dia mengajar di rumahnya, dalam hutan, mengajar dalam gua atau sebagainya, itu perkara yang pelik.

"Nasihat saya perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kepada masyarakat Malaysia yang saya rasa lebih maju cerdik, masyarakat yang pandai, peka dari segi media sosial sebagainya yang boleh melihat mana betul, mana salah, tidak sepatutnya berlaku begitu. Nasihat saya ialah supaya apa perkara sekali pun mesti perlu mengaji dan berguru", katanya di Putrajaya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk segara melaporkan kepada pihak berkuasa apabila melihat perkara yang menyimpang daripada ajaran Islam di media sosial.

Media Baharu