fb fb fb fb fb

Segmen Biar Betul, tangkis penyebaran berita palsu - Fahmi

PUTRAJAYA, 27 September- Satu segmen khas Biar Betul akan diterbitkan Jabatan Penyiaran Malaysia atau Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 1 Oktober ini. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia usaha menangkis penyebaran berita palsu dan fitnah dalam kalangan masyarakat.

"Segmen Biar Betul akan disiarkan setiap hari selepas slot berita Kanta 744 di TV1 dan saluran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta diulang siar menerusi semua platform media sosial, termasuk radio RTM, Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan sebenarnya.my serta BERNAMA," kata Fahmi menerusi sidang media di sini.

Jelasnya, inisiatif berkenaan kerjasama portal sebenarnya.my, seliaan MCMC dan MyCheck.my seliaan BERNAMA.

Fahmi menyeru rakyat memastikan berita diterima daripada sumber sahih, sekali gus dapat membanteras penyebaran berita palsu.

Beliau turut memohon kerjasama semua pihak membuat laporan jika menerima maklumat yang meragukan.


(Beliau turut memohon kerjasama semua pihak membuat laporan jika
menerima maklumat yang meragukan.)

Media Baharu