fb fb fb fb fb

Segerakan daftar dan kemas kini PADU - Mohd Uzir

Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR, 12 Februari - Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) perlu dilaksanakan dengan segera.

Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menyeru agar langkah proaktif diambil daripada masyarakat dan mengelak untuk membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat pada saat akhir.

Beliau menyifatkan PADU merupakan lonjakan baharu kepada sistem pengurusan statistik negara yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Sehubungan itu, setiap pengumpulan maklumat negara dapat dilaksana secara berpusat dan bersepadu

"Kita mahu supaya dalam tempoh berbaki lebih kurang 48 hari itu tidak menyebabkan semua orang di saat akhir menggunakan sistem ini menyebabkan kedudukan sistem itu menjadi jem sebabkan terlalu ramai masuk dalam satu tempoh masa. Dan jika mereka memerlukan bantuan dan penjelasan mungkin akan mengambil tempoh agak lama.

Pada ketika ini, kita menerima lebih kurang beberapa ribu dari pusat panggilan yang menjawab pertanyaan semasa pengisian, mungkin ada tidak jelas menerima jadi kita menerima panggilan daripada para pengguna dari semasa ke semasa yang sekarang panggilan telah meningkat kepada 3,000 dalam satu hari," Dr. Mohd Uzir bercakap kepada media ketika menjadi tetamu secara maya menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri.

TETITIA YUSOFF