fb fb fb fb fb

Segera lapor jika terserempak dengan beruang - PERHILITAN Terengganu

FOTO FAIL

KUALA TERENGGANU, 28 Julai - Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai seekor beruang yang dipercayai ditemui di kawasan penempatan penduduk di Kampung Paloh, Kuala Terengganu diminta segera melaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu. 

Pengarahnya Loo Kean Seong berkata, mereka juga dinasihat untuk tidak menggangu haiwan liar itu jika ditemui di mana-mana lokasi termasuk di sekitar kawasan penempatan penduduk.

"Segera mengambil gambar atau video atau sebaiknya memberikan lokasi penemuan binatang tersebut kepada pihak PERHILITAN. 

"Orang ramai juga boleh menyatakan lokasi melalui pesanan mudah alih WhatApps bagi membolehkan tindakan segera diambil," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut beliau lagi penduduk turut diminta menyertakan nama, nombor telefon, jenis aduan serta alamat atau lokasi haiwan itu ditemui. 

Hari ini tular video berkaitan haiwan itu yang dimuat naik menerusi hantaran di media sosial Facebook. 

Loo Kean Seong berkata, pihaknya telah menerima aduan berkenaan beruang tersebut dan telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan petang tadi.

Beruang terbabit dipercayai telah masuk ke kawasan belukar berdekatan.

TETITIA YUSOFF