fb fb fb fb fb

1,900 pelajar asnaf terima RM100 menerusi akaun SSPN PRIME PTPTN

Jamaluddin Jamari

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan RM190,000 kepada 1,900 pelajar asnaf taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) dan taman didikan kanak-kanak (Tadika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara.

Sumbangan tersebut dibuat menerusi akaun simpanan SSPN PRIME PTPTN untuk menggalakkan budaya menabung daripada peringkat awal.

Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS Jamaluddin Jamari berkata, inisiatif itu bakal memudahkan akses tabungan pelajar pada masa depan.

"Memorandum persefaham (MoU) dengan PTPTN ini adalah kali pertama kita laksanakan dan melibatkan lebih 1,900 orang para pelajar dengan tabungan sebanyak RM100 seorang.

"Dia akan memberi manfaat pelajar ini dalam pendidikan untuk belajar menabung dan belajar untuk menabung masa hadapan," katanya pada majlis Penutup Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku
Peringkat KEMAS Wilayah Persekutuan di ibu negara.

Kerjasama strategik itu merupakan inisiatif dan tanggungjawab KEMAS dalam mencapai misi memperkasa masyarakat luar bandar ke arah pembangunan holistik.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI