KLANG, 28 November -Sekolah Kebangsaan Teluk Gong kini diaktifkan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan 15 penduduk terjejas akibat banjir yang dikategorikan sebagai Bencana Tahap 1 di kawasan ini.
Hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di Teluk Gong, Pelabuhan Klang, dinaiki air.
Kawasan yang terjejas ialah Kampung Nelayan, Kampung Parajurit, Kampung Tengah, Kampung Hamid Tuah dan Kampung Baru Hamid Tuah.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa Kampung Teluk Gong, Mohd AminBaharu berkata, keadaan hujan lebat malam tadi memaksa penduduk agensi penyelamat untuk bantuan segera.
"Situasi semalam itu lebat, di mana penduduk telefon agensi-agensi di sini untuk menyelamatkan mereka. Paras air pun tinggi, " katanya.
"Dari malam tadi air masuk dalam rumah. Kira-kira pukul 7.00 malam, air pada paras lutut," penduduk Kampung Nelayan, Norli Binti Jamin.