fb fb fb fb fb

Satu PPS dibuka di Hilir Perak tempatkan 30 mangsa banjir

FOTO RTM

HILIR PERAK,16 September- Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Hilir Perak ekoran kejadian banjir yang berlaku pada petang Sabtu.

Seramai 30 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan.

Menurut Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, mangsa yang dipindahkan terdiri daripada lapan lelaki, 10 perempuan dan 12 kanak-kanak. 

Kawasan terlibat adalah Batu 9, Lorong Kedah dan Lorong Belakang Klinik. 

Dilaporkan, hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan paras air Sungai Bidor meningkat dan melimpahi tebing berhampiran dan membanjiri beberapa kediaman. 

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD