fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu menurun

FOTO RTM

KUALA TERENGGANU, 16 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir melibatkan lima daerah iaitu Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman, Dungun, dan Marang sedikit menurun setakat pukul 10 malam.

Sekretariat Jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata, seramai 2,643 penduduk daripada 644 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara, PPS.

Daerah Dungun masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,635 penduduk daripada 408 keluarga di 14 PPS, diikuti Hulu terengganu dengan 282 penduduk daripada 64 keluarga di tujuh PPS.

Manakala Setiu merekodkan seramai 270 penduduk daripada 80 keluarga di lapan PPS dan kemaman seramai 216 penduduk serta Marang 240 penduduk.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD