fb fb fb fb fb

Satu PPS dibuka akibat banjir kilat di Pontian

JOHOR BAHRU, 4 Mei - Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian Johor dibuka bagi menempatkan 17 penduduk Kampung Sri Gambut.

Kesemua mereka daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS berkenaan selepas kampung itu dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih dua jam sejak 5.30 pagi tadi.

Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memaklumkan PPS tersebut dibuka pukul 9.30 pagi.

"Hujan lebat lebih dua jam telah mengakibatkan beberapa rumah di Kampung Sri Gambut dinaiki air," katanya.

(Keperluan asas seperti tuala mandi dan selimut disediakan kepada penduduk
di PPSĀ Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian Johor)

Keadaan cuaca di kawasan berkenaan masih mendung dan pemantauan berterusan oleh agensi berkaitan di kawasan berisiko dilakukan dari semasa ke semasa.

"Pemantauan dan pemindahan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Penghulu, Ketua Kampung, Rela, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat beserta tiga jentera," menurut kenyataan itu.

Media Baharu