fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis titah nasihat masyarakat fahami fasa endemik

ARAU, 4 Mei - Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan setiap anggota masyarakat supaya mengambil peduli dan memahami mengenai fasa endemik dengan lebih jelas.

Titah Tuanku, setiap rakyat harus mengambil inisiatif bagi memastikan kesejahteraan hidup diri sendiri, keluarga tersayang serta kejiranan dan rakan-rakan di tempat kerja terus terpelihara dengan sebaik mungkin tanpa sekali-kali cuai dan leka.

"Ini kerana walaupun kini keadaan serta statistik dilihat seperti agak terkawal namun virus ini masih wujud.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, tanpa komitmen serta kerjasama semua pihak, kita tidak akan berjaya mengharungi cabaran yang silih berganti, malah kita tidak akan mampu mengorak langkah ke hadapan.


(Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memberi sumbangan sempena program bantuan baik pulih rumah dan zakat kepada asnaf di sini)

"Memasuki tahun ketiga hidup dalam era COVID-19, pelbagai perubahan dan keputusan terpaksa dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak dimana kita berjaya juga mengharunginya walaupun diduga 1001 cabaran," titah Tuanku di sini.

Media Baharu