fb fb fb fb fb

Satu PPS di Perak ditutup

Foto RTM

IPOH, 25 Ogos - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus berkurangan kepada 123 orang setakat pukul 2.00 petang tadi.

Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga ditutup iaitu di Masjid Jamek Slim Village pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, dua PPS masih lagi beroperasi iaitu di daerah Muallim serta Larut Matang dan Selama.

"100 penduduk daripada 27 keluarga masih ditempatkan di PPS Masjid Jamek Kampung Pasir.

"Manakala 23 penduduk daripada tujuh keluarga pula dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Matang," menurut sekretariat itu.

TETITIA YUSOFF