fb fb fb fb fb

Satu nama 20 lesen, Selangor selaras semula lesen peniaga kecil elak monopoli

(Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor Rodziah Ismail)

SHAH ALAM, 10 Februari- Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah dengan menyelaras semula lesen peniaga kecil semua pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas siasatan mendapati terdapat individu yang sama memiliki banyak lesen.

Tindakan tersebut bagi mengelak amalan monopoli yang boleh menjejaskan peluang individu lain untuk mendapat lesen.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor Rodziah Ismail berkata, mereka dinasihatkan berpada-pada mendaftar dan memiliki lesen perniagaan dan memberi peluang orang lain untuk turut sama berniaga.

Beliau turut meminta semua PBT memantau perkara tersebut bagi mengelakkan isu ‘ali baba’, iaitu lesen yang diberi digunakan oleh pihak lain.

"Sepatutnya 90,000 lesen dikeluarkan kepada penjaja kecil tapi bila bila kita kumpul satu Selangor barulah kita tahu hanya 23% sahaja yang mohon pendaftaran.

"Satu nama, ada 20 lesen, ada yang 30 lesen, jadi kita minta pihak majlis pantau supaya tidak timbul monopoli,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatagani perjanjian persefahaman (MOU) antara Dewan Perniagaan dan Keusahawanan Selangor (Depenksel) dan JW Equipment Sdn Bhd di Shah Alam.


(Majlis menandatagani perjanjian persefahaman (MOU) antara Dewan Perniagaan dan

 Keusahawanan Selangor (Depenksel) dan JW Equipment Sdn Bhd di Shah Alam)

Media Baharu