fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak sewenang-wenang lulus permohonan pengambilan pekerja asing

(FOTO HIASAN)

BATU GAJAH, 10 Februari- Meskipun terdapat permintaan yang tinggi, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya meluluskan permohonan pengambilan pekerja asing ke negara ini menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, permohonan tinggi diterima daripada lima sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.

Jelas beliau, kerajaan akan melihat keperluan untuk menambah pekerja asing sekiranya terdapat permohonan tetapi tidak boleh melebihi 2.4 juta orang seperti diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

"Maklumat yang saya ada buat masa ini memang permohonan itu terlalu banyak dan pihak Kementerian Sumber Manusia sedang memproses dan telah memberi kelulusan dalam tempoh tiga hari seperti mana yang telah dijanjikan tetapi saya lihat permohonan masih banyak lagi yang masuk dan kita akan tengok macam mana untuk kita terus meluluskan ataupun kita akan 'hand brake' dulu,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Akademi Keretapi Tanah Melayu (KTM) kali ke-5 di Dewan Bunga Raya, Akademi
KTM, Batu Gajah, Perak.

Dalam pada itu, kerajaan sedang berusaha mencari mekanisme terbaik untuk membendung monopoli pihak tertentu dalam isu pengambilan pekerja asing.

Ini termasuk menggalakkan majikan berurusan secara terus tanpa perlu melalui ejen bertujuan memastikan pengambilan pekerja asing tidak disalah guna oleh mana-mana pihak.


(V. Sivakumar ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Akademi

Keretapi Tanah Melayu (KTM) kelima di Akademi KTM)

Media Baharu