fb fb fb fb fb

"Satu keluarga, satu rumah' direalisasikan ke seluruh negara

MACHANG, 19 Mac - Sebanyak 108,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dibina di seluruh negara, bagi membantu rakyat khususnya golongan isi rumah B40 memiliki rumah sendiri.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata daripada jumlah itu, 98,000 unit sudah disiapkan manakala selebihnya masih dalam pembinaan.

KPKT komited bagi merealisasikan misi 'satu keluarga, satu rumah' yang akan dilaksanakan di semua negeri.
 
"Saya bertekad berazam akan terus melakukan yang terbaik supaya semua negeri kita cuba mencapai misi kita satu keluarga satu rumah, setakat ini kita mempunyai jumlah pemilikan peratus pemilikan rumah rakyat Malaysia adalah 76.9 peratus kita adalah sedang menepati sasaran," kata Nga Kor Ming di sini.

(Nga Kor Ming bercakap dalam sidang media sempena
Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci Rumah 
kepada
Penerima PPR Batu Belah Machangdan  PPR Batang Merbau, Tanah Merah, di sini)

Dalam pada itu, sebanyak lima projek PPR yang melibatkan 5,00 unit rumah disediakan dengan peruntukan RM900 juta khusus untuk anak-anak Kelantan yang tinggal di negeri ini.

Penerima rumah itu dinasihat agar bertanggungjawab membayar kos penyelenggaran bagi memastikan semua kemudahan awam di PPR kekal bersih dan selesa.

Sementara itu, rata-rata penerima tawaran rumah itu melahirkan rasa syukur dan gembira kerana penantian untuk memiliki rumah akhirnya tercapai.

"Memang sangat saya gembira lah sebab ini rumah pertama dan dengan kos hidup sekarang ini untuk mampu memiliki rumah itu kos tinggi jadi dengan bantuan kerajaan ini memberi manfaat lah bagi saya," kata penerima, Norlaila Deraman.
 
"Perasaan itu amat gembira sangat-sangat lah sebab ini adalah rumah pertama kami untuk kami diami nanti, amat bersyukur rezeki tuhan beri, dengan keizinan Allah SWT," penerima, Zaharuddin Mohamed.

Media Baharu