fb fb fb fb fb

Satelit PSPJN: Bayaran bergantung pada data diperakui

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN), yang dijangka beroperasi pada 2028 akan diperhalusi bersama syarikat pembida semasa memuktamadkan dokumen perjanjian konsesi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, beberapa penambahbaikan dilakukan bagi memastikan tahap kejayaan lebih tinggi dan impak kepada pertumbuhan ekonomi negara sebagai peneraju teknologi angkasa di peringkat serantau.

"Setelah satelit mula beroperasi, pembayaran 'off tax' mula dibuat secara berkala dan jumlah data yg diterima dan diperakui oleh kerajaan, pendekatan ini membolehkan kerajaan memastikan pembayaran adalah berpatutan  dan sepadan dengan nilai data yg diperoleh," katanya.

Dewan dimaklumkan, usaha itu bagi membolehkan syarikat mengekalkan standard kualiti yang tinggi dalam penyampaian data satelit.
 
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE