fb fb fb fb fb

Sasar 15,000 pencarum SKSSR

AYER KEROH, 17 September - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka menyasarkan 15,000 pencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
 
Pengarahnya, Abd Razak Omar berkata, setakat ini hanya 6,499 pencarum yang mencarum dalam skim tersebut.
 
SKSSR bukan sahaja untuk suri rumah sepenuh masa malah untuk suri rumah yang bekerja juga boleh membuat caruman itu.
 
Tambahnya, dengan caruman serendah RM120 setahun, skim tersebut memberi perlindungan jangka panjang sekiranya mereka terlibat dalam bencana semasa melakukan urusan berkaitan dengan rumah tangga.
 
"Menjangkakan masih ramai lagi yang belum mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ini, mereka beranggapan kerana mereka telah bekerja dan itu bukan sepenuh masa, tetapi sebenarnya hakikatnya selagi mereka suri rumah, mereka menjalankan urusan suri rumah mereka bolehlah mendaftar dan mencarum PERKESO, tidak kiralah sama ada suri rumah sepenuh masa atau pun suri rumah separuh masa ataupun sesiapa sahaja, selagi dia wanita bawah berumur 55 tahun mereka bolehlah mendaftar dan mencarum PERKESO," kata Abd Razak, di sini.

(Pengarah PERKESO, Abd Razak Omar ditemui media selepas
Majlis Sambutan Hari Malaysia Kelab Motor Harley Davidson KINGZ MG
bersama-sama PERKESO di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, di sini)

Dalam majlis itu, KINGZ MG turut menyumbangkan sejumlah RM10,000 kepada dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Persatuan  Buddhist Tzu Chi Foundation dan JPKK Portugis Melaka sebagai tanda sokongan buat SKSSR.
 
Seramai 10 ahli dan pimpinan tertinggi Kelab KINGZ MG turut serta sebagai permulaan mencarum skim tersebut.

Media Baharu