fb fb fb fb fb

Bank Islam Media Community Drive 2023: Erat hubungan institusi perbankan dengan media

KEPALA BATAS, 17 September - Hampir 160 peserta daripada 22 agensi media tempatan menyertai pertandingan mencari harta karun, Bank Islam Media Community Drive 2023.

Program sempena 40 tahun penubuhan Bank Islam itu berlangsung selama dua hari; memulakan jelajah dari Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Muazzam Mohamed berkata penganjuran program berkenaan mampu mengeratkan hubungan antara institusi perbankan itu dengan pengamal media.

Menerusi aktiviti tersebut juga, pihaknya tidak ketinggalan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan.

(Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad,
Mohd Muazzam Mohamed ketika ditemui media)

"Terdapat juga sumbangan yang telah kita beri kepada rumah anak yatim dan Hikmah di Gopeng, Bank Islam juga mengambil kesempatan untuk memberi sumbangan sebanyak RM40,000 kepada rumah anak yatim dan Hikmah itu sendiri. Program itu kami anjurkan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim dan juga menghargai sumbangan dan sokongan dari media dan pelbagai agensi media kepada Bank Islam sepanjang 40 tahun penubuhan Bank Islam,"kata Mohd Muazzam, di sini.

Beliau pada masa sama merancang untuk meneruskan lagi program tersebut pada masa akan datang memandangkan menerima sambutan baik daripada pihak media.

"Apabila kita sertai program ini, kami dengan Bank Islam bertambah rapat, ada jalinan kekeluargaan dan kita kenal antara media lain. Kita juga boleh jumpa kawan dari media lain dan Bank Islam," kata peserta Mohamad Hafiz Yusoff Bakri.

"Kita dapat melihat kawasan-kawasan yang tersembunyi. Maksudnya kita biasa kalau ikut utara selatan ini kita ikut lebuh raya. Apabila kita masuk kawasan-kawasan kampung macam pekan-pekan lama, macam Bidor, Kampar, kita dapat lihat sendiri la aktiviti penduduk kampung terutama kehidupan yang orang jarang tengok. Jadi kita seronok la melihat tu," peserta Shaharom Ahmad.

Seramai 10 pemenang dipilih dengan menawarkan hadiah iaitu, bagi tempat pertama adalah sebanyak RM5,000 , tempat kedua, RM4,000 dan tempat ketiga RM3,000.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan di Bertam Resort, Kepala Batas.

Media Baharu