KEMAMAN, 30 April- Seorang Penolong Pegawai Penyiasat Narkotik cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Dato, Chukai, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, mangsa cedera tersebut dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa cedera, Marina Ahmad, 36, menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan ke IPD Kemaman dilanggar oleh Zamzuri Hanafi, 51, yang memandu kenderaan jenis Proton Saga.
Menurut Hanyan Ramlan, suspek tersebut, difahamkan telah berhenti di rumah ibu mertua di Jalan Dato dalam keadaan marah serta berlaku pertelingkahan dan kes punca pergaduhan adalah perebutan harta.
Suspek tersebut telah mengeluarkan sebatang kayu lalu mengetuk di bahagian bonet hadapan bumbung kenderaan lalu ibu mertuanya masuk ke dalam kenderaan untuk menyelamatkan diri dan bergegas ke balai polis Chukai.
Hanyan Ramlan berkata, sewaktu ibu mertua melarikan diri, suspek tersebut cuba mengekori dan memotong kereta dengan secara berbahaya terhadap pengguna jalan raya.
Dalam kejadian tersebut, sebuah motosikal Yamaha LC yang ditunggang oleh anggota polis berpangkat sarjan datang dari arah bertentangan lalu bergesel dengan kereta yang dipandu suspek.
Jelas Hanyan Ramlan, akibat jarak terlalu dekat, motosikal tersebut tidak sempat mengelak dan hilang kawalan.
(Foto fail)
Kemudiannya berlaku kemalangan dan suspek melarikan diri dengan kenderaan yang tidak pasti nombor pendaftaran.
Mangsa yang cedera dipercayai patah di bahagian bahu kanan dan telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.
Suspek tersebut berjaya ditangkap pada kira-kira pukul 2.15 petang tadi di kawasan perkampungan Ibok kira-kira jarak 18 kilometer dari tempat kejadian.
Menurut Hanyan Ramlan, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.