fb fb fb fb fb

Sarjan ditahan SPRM, disyaki minta suapan

(FOTO RTM)

TEMERLOH, 2 Mac-Seorang anggota polis berpangkat Sarjan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta suapan sebanyak RM 1,000daripada seorang individu, pada Februari lalu.

Suapan itu sebagai dorongan bagi memastikan anaknya tidak dikenakan sebarang tindakan berhubung kesalahan menggunakan bahan terlarang iaitu ketum, selepas kesalahan pertama.

Suspek berusia 35 tahun yang bertugas di Bahagian Narkotik di salah sebuah ibu pejabat polis (IPD) itu, ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh, semalam.

Lelaki tersebut iba di perkarangan Mahkamah Majistret Temerloh, sekitar pukul 11.40 pagi tadi.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 Mac 2023 bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Mohamed Shah Reza Noor Azman bagi membantu siasatan mengikut peruntukan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


(FOTO RTM)

Media Baharu