fb fb fb fb fb

Sarawak terus pantau penularan COVID-19

KUCHING, 22 Mei- Sarawak akan terus memantau penularan COVID-19 di negeri itu susulan lonjakan kes jangkitan di Singapura.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, pemantauan itu turut disokong Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai oleh Professor Dr. David Perera.

"Jadi kita hidup dalam kalangan komuniti yang hidup dengan keadaan semasa, dan kita pantau menerusi Jabatan Kesihatan Sarawak dan UNIMAS. Jadi kami akan teruskan pantauan," katanya kepada media selepas sambutan hari Wesak di Persatuan Buddist Malaysia, Sarawak di sini.

Ketika ini Sarawak tidak menetapkan sebarang sekatan untuk ke Singapura namun menasihatkan rakyat terus menjaga prosedur operasi standard (SOP).

Setakat semalam, Singapura mencatatkan lonjakan kes COVID-19 sebanyak 17 peratus.

Customer Support