fb fb fb fb fb

MyMAP, 24 model motosikal Malaysia terima penarafan lima bintang

SERDANG, 22 Mei- 28 model motosikal daripada tujuh jenama di Malaysia mendapat pengiktirafan bintang menerusi Malaysia Motorcycle Assessment Program (MyMAP) Grand Prix Awards 2024.

Daripada jumlah itu, 24 model mendapat penilaian lima bintang, satu model empat bintang dan tiga model memperoleh tiga bintang.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, MyMAP merupakan program yang dilaksanakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan dan teknologi motosikal.

"Insya-Allah, akan ada lagi majlis-majlis seperti ini. Program ini adalah untuk mereka yang cemerlang dan bersungguh-sungguh dalam memastikan pengeluaran yang baharu serta menggunakan teknologi baharu."

"Selain itu, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dalam industri permotoran," kata 

Datuk Hasbi dalam sidang Majlis Penghargaan MyMAP Grand Prix Awards 2024, di Maeps Serdang.

Anugerah MyMAP bertujuan meningkatkan kesedaran serta mempamerkan kemajuan yang dicapai oleh pengeluar motosikal dalam mempertingkatkan keselamatan motosikal.

Customer Support