fb fb fb fb fb

Kumpulan terakhir jemaah haji Johor berlepas malam ini

KULAI, 22 Mei- Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor bagi menyantuni kumpulan terakhir jemaah haji yang berlepas kira-kira pukul 8.00 malam tadi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kesemua jemaah dijangka akan berlepas ke Madinah malam ini.

"Saya dimaklumkan jumlah jemaah haji Johor keseluruhannya ialah 3,938. Sama-samalah kita doakan agar semua yang menunaikan ibadah haji tahun ini mendapat haji yang mabrur. Saya ucapkan tahniah juga kepada Tabung Haji (TH) yang telah membantu menguruskan jemaah," katanya.

Dalam pada itu Azmi Kassim, 64 tahun yang berkerusi roda terpilih untuk menunaikan ibadah haji selepas tertangguh tiga kali sebelum ini akibat COVID-19 dan masalah kesihatan.

Kesan kemalangan yang dialami Februari lalu itu tidak menjejaskan persiapannya menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Buka akaun dah lama daripada 2009 lagi, tapi disebabkan COVID-19 terpaksa ditangguhkan. Selepas setahun Alhamdulillaj saya dapat tawaran lagi, tetapi saya pergi dalam keadaan yang tidak sempurna disebabkan kemalangan yang terjadi pada tahun ini. 

"Saya tidak berat hati untuk menunaikan ibadah ini. Terima kasih juga kepada sahabat yang memberikan sokongan selain mendapat dorongan daripada doktor,"katanya.'

Selain itu, Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh, Profesor TS Safian Sharif berpeluanhg menunaikan haji bersama-sama tujuh ahli keluarganya setelah 15 tahun penantian.

"Bukan pergi berdua pergi bertiga tapi pergi bertujuh orang dan satu keadaan yang jarang diperoleh oleh ramai orang. Allah pilih kami pada tahun ini untuk pergi seramai tujuh orang itu," katanya.

Customer Support