fb fb fb fb fb

PM selamat tiba di Tokyo

TOKYO, 22 Mei-  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun.

Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada kira-kira pukul 9 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Antara yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatannya ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

"Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Jepun bagi menghadiri Persidangan Nikkei 2024. 

"Saya turut diapit Menteri Luar Negeri, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Menteri Sumber Manusia," katanya menerusi hantaran facebook.

Anwar berkata, pada persidangan itu beliau akan menyampaikan ucaptama dan dijadualkan akan bertemu Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida. 

Beliau juga akan mengetuai misi pelaburan dengan bertemu pemimpin-pemimpin industri di Jepun. 

"Kesempatan di Tokyo turut saya gunakan untuk berdialog bersama Kelab Media Jepun, menyampaikan syarahan di Universiti Keio dan bertemu komuniti Islam di negara ini. 

Semoga urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, Insya-Allah," katanya.

Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Jepun bagi menghadiri Persidangan Nikkei 2024. 

Saya turut diapit Menteri Luar Negeri, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Menteri Sumber Manusia. 

Selain menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2024 esok, saya juga dijadual bertemu Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida. 

Saya juga akan mengetuai misi pelaburan dengan bertemu pemimpin-pemimpin industri di Jepun. 

Kesempatan di Tokyo turut saya gunakan untuk berdialog bersama Kelab Media Jepun, menyampaikan syarahan di Universiti Keio dan bertemu komuniti Islam di negara ini. 

Semoga urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, Insya-Allah.

Customer Support