fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid tiba di Hong Kong, lawatan rasmi 11 hari

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong hari ini untuk lawatan rasmi selama 11 hari.

Lawatan itu merupakan yang pertama sejak beliau memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Menerusi satu hantaran di Facebook, ketibaan Ahmad Zahid disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong Muzambli Markam dan kakitangan konsulat.

"Esok, saya dijadualkan bertemu TYT John Lee Ka-chiu, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR).

"Ia bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dan meneroka potensi baharu khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, inovasi teknologi serta memperluaskan lagi perkongsian strategik yang bermanfaat untuk kedua-dua negara," katanya.

Customer Support