fb fb fb fb fb

Etnik Dayak perlu bersatu padu, bangun ekonomi negeri

LUNDU, 22 Mei-  Kaum Dayak di Sarawak diminta terus kekal bersatu padu bukan sahaja dalam kehidupan bermasyarakat malah dalam sudut pembangunan ekonomi negeri.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan sikap toleransi antara kaum dayak dalam kepelbagaian masyarakat di negeri itu diperlukan sebagai bukti bahawa kaum berkenaan setanding dengan masyarakat lain.

"Dalam kalangan pemimpin dayak telah menunjukkan semangat bersatu padu dengan memberi sokongan yang sama kepada kerajaan dalam usaha membangunkan negeri.

"Sambutan perayaan Hari Gawai Dayak tahun ini harus dijadikan platform untuk mengeratkan silaturahim antara etnik dayak bersama-sama kaum lain di Sarawak," katanya dalam Majlis Makan Malam Pra Gawai Dayak Daerah Lundu 2024 di dewan masyarakat di sini.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur selaku Majlis Makan Malam Pra Gawai Dayak Daerah Lundu yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Opar Billy Sujang berkata penganjuran majlis itu diadakan dengan kerjasama kaum Iban serta Bidayuh di Lundu.

Majlis itu mengambarkan keutuhan kaum yang ada di daerah berkenaan.

Pada majlis itu peruntukan sebanyak RM50,000 diumumkan akan diberi kepada Jawatankuasa Perayaan Gawai Dayak Daerah Lundu.

Customer Support