fb fb fb fb fb

Sarawak tangguh pendaftaran PADU, tuntut penjelasan terperinci - Premier

Foto BERNAMA

SAMARAHAN, 28 Mac- Langkah Sarawak menangguhkan pendaftaran Pusat Pangkalan Data (PADU), adalah berikutan desakan orang ramai.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sebagai pemimpin nombor satu negeri itu, beliau perlu memainkan peranan dalam melindungi rakyatnya daripada pencerobohan data di dunia siber.

Pihaknya menuntut penjelasan terperinci berhubung sistem berkenaan, meski memahami manfaat yang bakal diperoleh.

"Kepada mereka yang berada dalam kategori itu, perlu diberi bantuan dan penjelasan. Kita ada sedikit kebimbangan terhadap sistem PADU ini," kata Datuk Patinggi Abang Johari kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di Masjid Al-Muttaqin, Samarahan, pada Rabu.

Tambah Abang Johari, satu perjumpaan antara kerajaan negeri dan Kementerian Ekonomi akan diadakan minggu depan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Majlis berkenaan turut dihadiri, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi.

Kira-kira 1,000 orang hadir pada malam semalam, termasuk Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datik Seri Julaihi Narawi, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM