fb fb fb fb fb

Sarawak komited sokong anak negeri di Semenanjung

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan)

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Kerajaan Sarawak komited memastikan anak-anak negeri itu yang melanjutkan pengajian di Semenanjung terus menerima sokongan berterusan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur perlu dijadikan pusat sehenti warga Sarawak untuk memperluas jaringan dengan pelbagai pihak.

β€œIa platform penting membantu pelajar Sarawak mengenali inisiatif kerajaan negeri yang boleh dimanfaatkan ketika berada di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Terbuka Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur sempena Hari Sarawak 2025, di sini.

Program julung kali itu menghimpunkan lebih 300 anak Sarawak di Lembah Klang bersama agensi di bawah Kerajaan Sarawak.

Sebagai simbolik, cenderamata berupa Jalur Gemilang dan Ibu Pertiwi turut diserahkan kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tujuh persatuan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) sekitar Lembah Klang sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai lalu.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN