fb fb fb fb fb

Rakyat Sarawak hargai pengumuman khas PM, anggap bukti keprihatinan

Azmi Amat, Anak Sarawak

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lepas disambut baik rakyat Sarawak khususnya yang bekerja di semenanjung.

Mereka menyifatkan langkah itu sebagai bukti komitmen kerajaan Madani dalam menangani tekanan kos sara hidup serta mengiktiraf sumbangan rakyat dari semua wilayah dalam pembangunan negara.

Bagi Azmi Amat, seorang anak Sarawak yang bekerja di ibu negara, hari kelepasan am tambahan sempena Hari Malaysia sangat bermakna baginya.

“Cuti itu sangat bermakna, terutamanya bagi kami dari Sarawak. Ia seolah-olah satu pengiktirafan buat bumiputera Sarawak di semenanjung. Pengumuman ini membuatkan kami rasa dihargai,” katanya.

Presiden Persatuan Anak Borneo Semenanjung, Gangging @ Ling Sanggau turut menyifatkan, pengumuman itu sebagai bukti keprihatinan dan penyelesaian segera terhadap keperluan rakyat.

“Kami sangat menyambut baik bantuan yang diumumkan Perdana Menteri.

Terima kasih kerana memahami keperluan kami dan menunaikannya dengan tindakan, bukan sekadar janji,” katanya.

Beliau turut menyeru agar rakyat terus menyokong dasar-dasar MADANI yang memberi keseimbangan antara kebajikan, pertumbuhan ekonomi dan pemulihan negara.

Rabu lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa penghargaan penting buat rakyat antaranya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 'one-off' kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas.

Selain itu, harga petrol RON95 diturunkan dan tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN