fb fb fb fb fb

Sarawak dan Sabah diramal hujan berterusan tahap waspada hingga 4 Feb

MetMalaysia ramal hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak/FOTO Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Februari - Beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada sehingga Ahad ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Antara kawasan terlibat di Sarawak ialah Miri dan Limbang dalam tempoh Sabtu hingga Ahad ini.

Manakala di Sabah membabitkan Sandakan meliputi Telupid, Kinabatangan serta Beluran dan Kudat sehingga Sabtu.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Pahang, Johor dan Sarawak hingga petang ini.

Di Pahang membabitkan Pekan dan Rompin, Segamat di Johor; Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) serta Kapit di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

GRACE AISYAH KEDAYAN