fb fb fb fb fb

Sarawak contoh terbaik lambang perpaduan dalam negara - Aaron

(Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang)

KUCHING, 8 Disember - Keharmonian yang sedia terjalin antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini, adalah contoh terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam negara.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata semangat perpaduan yang ditonjolkan di negeri itu akan dijadikan panduan dalam menerajui kementeriannya selaras Kerajaan Perpaduan.

“Kita di Sarawak tidak mempunyai masalah perpaduan di sini. Kami hidup dalam suasana harmoni di sini.

“Diharapkan apa yang kita amalkan di sini dapat diikuti negeri lain di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata beberapa agensi sebelum ini akan diletakkan semula di bawah kementerian tersebut iaitu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Arkib Negara.

Datuk Aaron yang merupakan Ahli Parlimen Kanowit pernah menyadang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan II pada 2020 hingga 2022 di bawah kepimpinan dua perdana menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kini beliau menerajui Kementerian Perpaduan Negara selepas dilantik pada Jumaat selepas di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media Baharu