fb fb fb fb fb

Dana RM600 bilion: SPRM sahkan siasat dakwaan penyelewangan

PUTRAJAYA, 8 Disember - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan beberapa pihak berkaitan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion.

Ia susulan kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 yang pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada 15 November lalu.

Agensi itu berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional dari semua sudut berkaitan isu itu.

"Mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat, bukti atau dokumen yang berkaitan diminta untuk tampil ke pejabat SPRM terdekat untuk menyerahkan maklumat tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, sekiranya perlu, SPRM juga boleh menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen tersebut.

Pada Isnin lalu, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata beliau tidak takut untuk disiasat susulan dakwaan penyelewangan itu.

Muhyiddin berkata jumlah sebenar yang dibelanjakan bukanlah RM600 bilion sebaliknya RM530 bilion merangkumi lapan pakej rangsangan ekonomi dan sebahagian besarnya berbentuk non-fiskal iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Berita Berkaitan:
Isu RM600 bilion, jangan cabar kerajaan - PM

Media Baharu