Cadangan untuk menaikkan cuti paterniti kepada tujuh hari turut disokong Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai).
Beliau berpendapat, cuti tersebut memberi peluang kepada pekerja menyelesaikan urusan pendaftaran bayi selain dapat membantu psikologi ibu dan anak.
Katanya, kelayakan cuti bersalin selama 90 hari bagi sektor swasta perlu dianggap sebagai satu peluang oleh majikan, bukannya bebanan.
"Penjagaan psikologi ibu dan anak sangat penting dan perlu dititik beratkan. Faktor gaji juga tidak seharus dibahas kerana cuti bersalin hak bagi pekerja.
"Sebagai rekod, negeri Kelantan telah melaksanakan cuti bersalin 90 hari sejak tahun 2010," katanya.