fb fb fb fb fb

SAR warga emas hilang di Ulu Padeh temui petunjuk baru

FOTO JBPM SARAWAK

BETONG, 28 September- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas, Rumai, 75, dari Rumah Jantin Nanga Buai, Ulu Padeh, di sini, menemui petunjuk baharu hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan barang-barang milik wanita berkenaan ditemui di kawasan belakang rumah panjang serta kawasan sungai berdekatan.

SAR bermula pukul 8.15 pagi melibatkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA serta penduduk kampung.

Rumai dilaporkan hilang pada Selasa lepas selepas keluar dari rumah menuju kawasan belakang rumah panjangnya.

SITI AISHAH BINTI MD ISA