fb fb fb fb fb

SAR tiga remaja hilang di Sungai Batang Lassa diteruskan hari ini

SIBU, 16 Oktober - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja hilang ketika mandi di Sungai Batang Lassa semalam diteruskan hari ini, kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras dan dikenal pasti sebagai Herodias Enggung, Aldrin Gambang Allan Kiai dan Sebastian Oziel Seman Umpi yang kesemuanya berusia 13 tahun.

"Operasi yang melibatkan JBPM Sarawak bersama-sama polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditangguhkan kira-kira pukul 7.45 malam tadi berikutan keadaan cuaca gelap.

Beliau berkata sebaik sahaja menerima panggilan kejadian dari Balai Polis Daro pada pukul 6.37 petang semalam, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dengan kekuatan lapan anggota serta jentera telah digerakkan ke lokasi.

"Operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pukul 6.46 petang secara pencarian di permukaan air menggunakan peralatan khas, namun sehingga operasi itu ditangguhkan atas arahan polis semalam, mangsa-mangsa ini masih belum ditemukan," katanya.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu