fb fb fb fb fb

SAR remaja dikhuatiri dibaham buaya di Pulau Bruit masuk hari ketiga

Foto RTM

DARO, 28 Disember – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya di Jeti Sungai Kelai, Rumah Panjang Jingga, Pulau Bruit, memasuki hari ketiga hari ini.

Mangsa, Agustine Fernando Anak Nyalong, 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu di perairan Sungai Kelai, masih belum ditemukan.

Operasi SAR yang bermula pukul 9.00 pagi, terdiri daripada dua kumpulan.

"Kumpulan pertama menjalankan pencarian di air menggunakan 11 buah bot daripada pelbagai agensi bersama penduduk kampung, manakala kumpulan kedua melakukan pencarian di darat.

"Fokus pencarian meliputi radius 3 hingga 5 kilometer di sepanjang pesisir Sungai Paloh," menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak di sini.

Antara agensi yang terlibat dalam operasi ini ialah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Sarawak Forestry Corporation, Pejabat Daerah Daro, Lembaga Sungai, serta penduduk setempat.

Operasi ini dijalankan dengan penuh berhati-hati bagi memastikan keselamatan semua anggota SAR dan penduduk yang terlibat.

EZA YUSMAWATI YAACOP