fb fb fb fb fb

Sanusi selesai beri keterangan kepada SPRM

Kenderaan yang membawa Sanusi meninggalkan Ibu Pejabat SPRM pagi tadi

PUTRAJAYA, 11 Januari- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi membantu siasatan dakwaan rasuah berkaitan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Beliau yang juga Presiden KFA tiba pada pukul 8.30 pagi tadi dan keluar dari pekarangan bangunan terbabit kira-kira tiga jam kemudian.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah tersebut.

Beliau mengesahkan Muhammad Sanusi selesai memberi keterangan hari ini.

Bagaimanapun, butiran terperinci berkaitan siasatan tidak dapat didedahkan kepada umum kerana ia mengandungi maklumat sensitif dan rahsia.

Siasatan kes rasuah lebih RM6 juta membabitkan KFA dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan dengan projek-projek di Kedah jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak negeri itu.

SITI AISHAH BINTI MD ISA