Sandakan, Politeknik Kota Kinabalu catat IPU tidak sihat

Foto RTM

SANDAKAN, 4 September – Kualiti udara di beberapa daerah di Sabah bertambah baik, pagi Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sandakan merekodkan IPU tidak sihat pada bacaan 152.
  • Politeknik Kota Kinabalu merekodkan IPU tidak sihat pada bacaan 120.
  • Stesen lain merekodkan tahap sederhana: Tawau 98, Kota Kinabalu 92, Kimanis 86, Keningau 82.
  • Data dikemas kini di laman APIMS Jabatan Alam Sekitar setakat 11.00 pagi.

Hanya Sandakan dan Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat iaitu masing-masing 152 dan 120, menurut kemas kini data di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 11.00 pagi.

Bacaan IPU di stesen-stesen lain pada tahap sederhana iaitu Tawau (98), Kota Kinabalu (92) ,Kimanis (86) dan Keningau (82).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.