fb fb fb fb fb

SAMENTA gesa kerajaan pertimbang kenaikan caj elektrik

 



KUALA LUMPUR, 30 Januari- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, SAMENTA menggesa kerajaan mempertimbang kenaikan lebih munasabah caj elektrik bagai menjamin daya tahan PKS.

Jelas presidennya Datuk William Ng dalam satu kenyataan, kenaikan sehingga 18.4% bil utiliti untuk perniagaan dengan margin keuntungan bawah 10% menjejaskan keuntungan sekitar 20 hingga 40%.

SAMENTA turut menasihatkan ahlinya supaya tidak menaikkan harga barang di sebalik kenaikan mendadak bil elektrik dan kos bahan mentah.

Bagaimanapun, sekiranya langkah tersebut diteruskan, mustahil bagi perniagaan untuk menyerap kos tambahan tanpa menyalurkan sebahagiannya kepada pengguna.

Bagi kebanyakan PKS, terutamanya dari sektor pekilangan, kos elektrik merupakan faktor kos kedua atau ketiga terbesar, selepas kos bahan mentah dan buruh.

Suruhanjaya Tenaga pada Jumaat mengumumkan pengekalan kadar tarik elektrik semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung bermula 1 Februari hingga 31 Disember 2024.

Pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri pula dikenakan surcaj RM0.3.70 per kilowatt jam.

Media Baharu